Oktober 16, 2009

‘ISTILAH KASIH’ PENYENGAT

Menyelinap dalam segenap lapisan kerak muzik rock untuk terus meneroka dan mengangkat kembali industri muzik rock tanahair, apatah lagi kadangkala sebahagian dari kumpulan rock tersebut jarang sekali kita dengar namanya. Bertitik tolak dari situlah saya perlukan sokongan anda semua untuk membantu saya, agar apa yang telah hilang satu ketika dulu terus diingati dan dihargai.

Kali ini saya ingin membawa anda menyelami sebuah lagi kumpulan yang cukup akur dengan aliran jalur muzik rock. PENYENGAT mungkin sebuah kumpulan yang kurang menyerlah ketika itu, namun mereka berjaya menempatkan diri mereka sebagai artis rakaman di FGM records. Kewujudannya sebaris dengan kumpulan-kumpulan AXTHARA, JUSTICE, METALIAN, URGENT dan lain-lain lagi. Penyengat hanya mampu melahirkan sebuah album yang berjudul ‘Istilah Kasih’. Judul album ini mungkin diambil dari salah sebuah lagu yang pernah di popularkan oleh Ramli Sarip dan juga salah satu tajuk album beliau.

PENYENGAT dianggotai oleh Meor Zaini Basir selaku vokalis, Zam selaku gitaris, Zul selaku bassis dan Din selaku pemain drum. Seperti mana biasa album ini memuatkan 10 buah lagu selain memperlihatkan kebolehan mereka mencipta melodi dan menulis lirik. Hal ini jelas kelihatan kepada lagu Penyengat, Pedoman dan Penghargaan, selain dari itu mereka terpaksa menggunakan khidmat penulis lirik luar demi untukmengangkat album itu sendiri. Antara lagu yang terdapat dalam album ini adalah Kesedaran, Kisah Remaja, Ngeri, Sejarah Luka dan Kabus Di Dalam Sepi.

Album Istilah Kasih mendapat sentuhan Jose Thomas yang bertindak sebagai Penerbit, manakala susunan muzik adalah hasil kolabrasi antara Jose Thomas dan PENYENGAT sendiri. Album ini telah menjalani rakaman di Studio FGM. Kemanakah hilangnya kesemua anggota kumpulan ini. Biarpun album ini kurang mendapat sambutan daripada peminat namun mereka Berjaya meletakkan diri mereka sebagai salah sebuah kumpulan yang pernah mewarnai persada muzik rock satu ketika dahulu. ROCK TERUS!!!

Dipetik dari KONSERT (Ogos2007)

1 ulasan:

  1. Penyengat adalah sebuah kumpulan yg telah ditubuh oleh En Meor Zaini pada tahun 1987. Apabila album pertama beliau dikeluarkan 2 anggota asal iaitu Zam-guitarist & Din-drummer telah menarik diri diatas sebab2 peribadi. Maka 2 orang anggota pemuzik baru telah mengambil alih tugas tersebut iaitu Razak (Bekas pemain drum kumpulan Hellion yg cukup dekenali ramai sekitar 80an ketika itu. Lokasi beliau ialah di studio Medan Mara pemilik man Gemok.Manakala guitarist beliau pula diambil alih oleh Remie (Bekas pemain gitar kumpulan Blues bernama Tom Stone Blues Band di tubuhkan di Kampung Batu Muda bersama band yg cukup hangat ketika itu iaitu Blues Gang & kumpulan Rampa yg di ketuai oleh Zainal & Poei.

    BalasPadam

Mengenai Kami

Foto saya
Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
studio latihan dan rakaman kursus muzik pengurusan acara