Oktober 16, 2009

‘ISTILAH KASIH’ PENYENGAT

Menyelinap dalam segenap lapisan kerak muzik rock untuk terus meneroka dan mengangkat kembali industri muzik rock tanahair, apatah lagi kadangkala sebahagian dari kumpulan rock tersebut jarang sekali kita dengar namanya. Bertitik tolak dari situlah saya perlukan sokongan anda semua untuk membantu saya, agar apa yang telah hilang satu ketika dulu terus diingati dan dihargai.

Kali ini saya ingin membawa anda menyelami sebuah lagi kumpulan yang cukup akur dengan aliran jalur muzik rock. PENYENGAT mungkin sebuah kumpulan yang kurang menyerlah ketika itu, namun mereka berjaya menempatkan diri mereka sebagai artis rakaman di FGM records. Kewujudannya sebaris dengan kumpulan-kumpulan AXTHARA, JUSTICE, METALIAN, URGENT dan lain-lain lagi. Penyengat hanya mampu melahirkan sebuah album yang berjudul ‘Istilah Kasih’. Judul album ini mungkin diambil dari salah sebuah lagu yang pernah di popularkan oleh Ramli Sarip dan juga salah satu tajuk album beliau.

PENYENGAT dianggotai oleh Meor Zaini Basir selaku vokalis, Zam selaku gitaris, Zul selaku bassis dan Din selaku pemain drum. Seperti mana biasa album ini memuatkan 10 buah lagu selain memperlihatkan kebolehan mereka mencipta melodi dan menulis lirik. Hal ini jelas kelihatan kepada lagu Penyengat, Pedoman dan Penghargaan, selain dari itu mereka terpaksa menggunakan khidmat penulis lirik luar demi untukmengangkat album itu sendiri. Antara lagu yang terdapat dalam album ini adalah Kesedaran, Kisah Remaja, Ngeri, Sejarah Luka dan Kabus Di Dalam Sepi.

Album Istilah Kasih mendapat sentuhan Jose Thomas yang bertindak sebagai Penerbit, manakala susunan muzik adalah hasil kolabrasi antara Jose Thomas dan PENYENGAT sendiri. Album ini telah menjalani rakaman di Studio FGM. Kemanakah hilangnya kesemua anggota kumpulan ini. Biarpun album ini kurang mendapat sambutan daripada peminat namun mereka Berjaya meletakkan diri mereka sebagai salah sebuah kumpulan yang pernah mewarnai persada muzik rock satu ketika dahulu. ROCK TERUS!!!

Dipetik dari KONSERT (Ogos2007)

Oktober 01, 2009

Blog Kelichap diterbitkan!

Blog ini diterbitkan untuk memberi kesempatan kepada kl center studio menulis aktiviti semasa.

Mengenai Kami

Foto saya
Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
studio latihan dan rakaman kursus muzik pengurusan acara