November 05, 2009

JUARA KUGIRAN BULANAN ALAF BARU ANTARA STUDIO KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR!

HADIAH-HADIAH YANG BAKAL MENANTI ANDA!!!!

HADIAH-HADIAH BAGI JUARA BULANAN!!!!
JUARA BULANAN = RM500.00 + PIALA PUSINGAN + SIJIL
N/JUARA BULANAN = RM300.00 + SIJIL
KETIGA BULANAN = RM100.00 + SIJIL
2 HADIAH SAGUHATI BERUPA HAMPER BERNILAI RM50.00 & SIJIL PENYERTAAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Kumpulan yang menang secara automatik layak memasuki pertandingan pada bulan berikutnya.
Kumpulan yang menang 3 bulan berturut-turut layak membawa pulang Piala Pusingan & menjadi hak milik mereka.
Bayaran penyertaan sebanyak RM100.00
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berkonsepkan 1Malaysia
Pada peringkat saringan hanya satu (1) lagu sahaja diwajibkan.
Pada peringkat akhir para peserta diwajibkan memilih satu lagu wajib dan satu lagu bebas dengan jangkamasa yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur.
Borang penyertaan boleh didapati dari studio yang di lantik atau mendapatkan terus dari KL Center Production yang beralamat di 3.06 tingkat 2 bangunan Wisma Central (bersebelah klcc) Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur. Atau hubungi: Tel no (012-3251642/017-2073237/017-6630830)

Oktober 16, 2009

‘ISTILAH KASIH’ PENYENGAT

Menyelinap dalam segenap lapisan kerak muzik rock untuk terus meneroka dan mengangkat kembali industri muzik rock tanahair, apatah lagi kadangkala sebahagian dari kumpulan rock tersebut jarang sekali kita dengar namanya. Bertitik tolak dari situlah saya perlukan sokongan anda semua untuk membantu saya, agar apa yang telah hilang satu ketika dulu terus diingati dan dihargai.

Kali ini saya ingin membawa anda menyelami sebuah lagi kumpulan yang cukup akur dengan aliran jalur muzik rock. PENYENGAT mungkin sebuah kumpulan yang kurang menyerlah ketika itu, namun mereka berjaya menempatkan diri mereka sebagai artis rakaman di FGM records. Kewujudannya sebaris dengan kumpulan-kumpulan AXTHARA, JUSTICE, METALIAN, URGENT dan lain-lain lagi. Penyengat hanya mampu melahirkan sebuah album yang berjudul ‘Istilah Kasih’. Judul album ini mungkin diambil dari salah sebuah lagu yang pernah di popularkan oleh Ramli Sarip dan juga salah satu tajuk album beliau.

PENYENGAT dianggotai oleh Meor Zaini Basir selaku vokalis, Zam selaku gitaris, Zul selaku bassis dan Din selaku pemain drum. Seperti mana biasa album ini memuatkan 10 buah lagu selain memperlihatkan kebolehan mereka mencipta melodi dan menulis lirik. Hal ini jelas kelihatan kepada lagu Penyengat, Pedoman dan Penghargaan, selain dari itu mereka terpaksa menggunakan khidmat penulis lirik luar demi untukmengangkat album itu sendiri. Antara lagu yang terdapat dalam album ini adalah Kesedaran, Kisah Remaja, Ngeri, Sejarah Luka dan Kabus Di Dalam Sepi.

Album Istilah Kasih mendapat sentuhan Jose Thomas yang bertindak sebagai Penerbit, manakala susunan muzik adalah hasil kolabrasi antara Jose Thomas dan PENYENGAT sendiri. Album ini telah menjalani rakaman di Studio FGM. Kemanakah hilangnya kesemua anggota kumpulan ini. Biarpun album ini kurang mendapat sambutan daripada peminat namun mereka Berjaya meletakkan diri mereka sebagai salah sebuah kumpulan yang pernah mewarnai persada muzik rock satu ketika dahulu. ROCK TERUS!!!

Dipetik dari KONSERT (Ogos2007)

Oktober 01, 2009

Blog Kelichap diterbitkan!

Blog ini diterbitkan untuk memberi kesempatan kepada kl center studio menulis aktiviti semasa.

Mengenai Kami

Foto saya
Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
studio latihan dan rakaman kursus muzik pengurusan acara